Bahasa Melayu kita sememangnya indah. Bahasa yang telah disempurnakan sejak zaman Kerajaan Melaka dalam abad kelima belas Masihi. Sejak itu, bahasa yang mengungkap sebilangan besar ilmu digunakan secara mengenai kehidupan dan alam sekeliling.
Bahasa Melayu yang berkembang menurut lingkungannya menjadi bahasa pengantar pada usaha-usaha perdagangan, undang-undang dan seumpamanya. Pelbagai bahan ilmiah dan sastera dihasilkan dengan penggunaan Bahasa Melayu yang tepat lagi indah.
Sebilangan besar masyarakat mula mengkaji Bahasa Melayu dan tatabahasa Melayu yang mantap dikaji dan dibukukan. Perbahasan mengenai unsur-unsur alam dan kehidupan dicatat dengan penggunaan kosa kata dan susunan ayat yang lengkap. Bahasa Melayu terpelihara dari segi penggunaan dengan banyak kitab bahasa yang dihasilkan.
Orang Melayu terkenal kerana nilai hidup dan budinya yang tinggi. Pelbagai istilah dan peribahasa dan ungkapan dihasilkan bagi merakam pemahaman dan pemikiran masyarakat sejak zaman silam dikumpulkan dan dikaji hingga hari ini Daripada sebilangan besar kajian yang dilakukan banyak ungkapan yang mengatur kehidupan sama ada persendirian atau bermasyarakat memberikan arah keharmonian hidup seseorang individu dengan alam dan masyarakatnya. Peribahasa seperti "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian" mengatur seseorang insan Melayu harus bijak menghadapi masalah dalam hidup peribadinya. Peribahasa "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing" memberi arahan agar hidup bekerjasama dengan setiap anggota masyarakat adalah nilai yang banyak manfaat.
Hingga hari ini, nilai ilmu amat tinggi dalam kehidupan masyarakat kita. Ilmu tentang kehidupan seperti kemahiran berniaga, mepertingkatkan keupayaan fizikal dan mental banyak dibuat dan dibukukan. Sejak dahulu lagi, masyarakat kita menyumbang untuk kesejahteraan hidup sejagat dibuat dan dikitabkan. Masyarakat kini mendapat manfaat daripada semua usaha sedemikian.
Bahasalah yang digunakan untuk mengungkap setiap nilai dan ilmu. Gaya yang presis digunakan untuk mengungkapkan ilmu-limu yang bernas. Masyarakat harus mengkaji semula semua yang telah dihasilkan bagi melangsungkan kehidupan hari ini.
Kesilapan sebahagian besar masyarakat kita hari ini tidak melihat keindahan itu dengan susunan dan ayat yang mempunyai makna langsung. Mereka yang tidak berjaya menguasai kemahiran bahasa akan mendapati segala usaha bijak pandai tidak membawa makna.
Tuesday, July 1, 2008
Bahasa Kita Indah
Tuesday, May 20, 2008
Tuesday, January 8, 2008
Perenungan Pelajaran HMT Pada 07-01-2008
Pelajaran HMT Isnin yang sudah berlalu agak berlainan kerana Cikgu Manaf menggunakan masa pelajaran tersebut untuk mengajar sedikit tentang tarian tradisional Orang Melayu. Saya rasa tarian tradisional kita sangat unik dan dapat meluahkan pelbagai perasaan seperti gembira atau sedih dan banyak lagi dengan cara tarian yang berbeza. Saya tidak sangka yang Cikgu Manaf akan menyuruh kita menari. Saya rasa sangat malu dan tidak begitu selesa menari bersama rakan-rakan sekelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)


